SEJARAH PENUBUHAN KVSP2

Sejarah awal KVSP2 bermula apabila pembinaannya di atas tapak ladang getah seluas 40 ekar pada tahun 1989 yang menelan belanja 19 juta mula dilaksanakan. Kehadiran enam orang guru sebagai perintis, yang diketuai oleh Encik Azami bin Bakar selaku Pengetua yang pertama pada 1 Ogos 1992 menyaksikan sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 2 (SMVSP2) ini mula mengorak langkah mencipta nama sebagai salah sebuah sekolah yang disegani.

Semasa dibawah kelolaan Puan Hajjah Hamidah binti Yahaya selaku Pengetua yang kedua bermula dari tahun 1995 hingga 2005, sekolah telah dinaik taraf kepada SM Teknik Sungai Petani 2 (SMTSP2) pada tahun 1998. Kursus-kursus teknikal juga telah diperkenalkan.

Kemudian, selaras dengan kehendak kerajaan dalam usaha memperkasakan pendidikan vokasional, SMTSP2 sekali lagi mengalami transformasi apabila bertukar kembali kepada SMVSP2 pada tahun 2011. Jejak kejayaan ini akan diperteguhkan sejajar dengan usaha kerajaan menaik taraf SMV mejadi Kolej Vokasional menjelang tahun 2013.

TINGGALKAN PESANAN

Name

Email *

Message *

HUBUNGI KAMI

Alamat
Kolej Vokasional Sungai Petani 2,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Telefon  : 04-442 9034
Faks      : 04-4427681

Emel
kvsungaipetani2@gmail.com

Website
http://kvsp2.edu.my/

LOKASI