MAKLUMAT PROGRAM


PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
  • Program ini merangkumi dua (2) tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua (2) tahun enam (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk lima (5) bulan On The Job Training)
  • Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama.
  • Murid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai.
  • Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten bagi memenuhi keperluan industry dan entrepreneur.
Sumber : Bahagian Pendidikan Tenik & Vokasional



KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN

Program Kesetiausahaan Pentadbiran ini adalah dibawah Jabatan Perniagaan. Program ini disasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar serta  membangunkan kemahiran dan kebolehan sebagai seorang setiausaha. Pelajar akan dilatih untuk membangunkan kecekapan secara praktikal dan teori dengan memberi pendedahan terperinci kepada tugasan dan kerja yang dilakukan agar kejayaan sesebuah organisasi itu lebih terjamin dalam pelbagai aspek seperti pentadbiran pejabat, aplikasi komputer, penulisan RINTAS, pengurusan fail, pengurusan fasiliti dan stok, perakaunan berkomputer, sumber manusia, pengendalian perjalanan, pengurusan mesyuarat, konferens, pengurusan majlis korporat dan lain-lain.



PROSPEK KERJAYA

Graduan-graduan program ini boleh menceburkan diri dalam kerjaya-kerjaya berikut:
  • Setiausaha Eksekutif
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Pembantu Peribadi
  • Pembantu Tadbir
  • Setiausaha institusi
  • Kerani Pentadbiran


MAKLUMAT PENGAJIAN

Pengajian  :  Sepenuh Masa

Tempoh     :  2 tahun Sijil Vokasional Malaysia

                     2 tahun 1  bulan Diploma Vokasional Malaysia

                     5 bulan menjalankan latihan Industri di mana-mana syarikat yang terpilih



TAHUKAH ANDA?

Semua organisasi sama ada swasta mahupun awam memerlukan graduan bidang ini kerana mereka adalah tunjang kepada pengurusan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Jadi, peluang pekerjaan adalah amat luas.


TINGGALKAN PESANAN

Name

Email *

Message *

HUBUNGI KAMI

Alamat
Kolej Vokasional Sungai Petani 2,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Telefon  : 04-442 9034
Faks      : 04-4427681

Emel
kvsungaipetani2@gmail.com

Website
http://kvsp2.edu.my/

LOKASI